Jumlah Pelawat Sejak 29 Ogos 2008
Free Hit Counter
Blog ini dikendalikan oleh : myDungun.net

Artikel Popular

02 December 2008

XMMS Pada Ubuntu 8.10

Install XMMS Pada Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex / Install XMMS On Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex


Sudah beberapa hari saya mencari info untuk pemasangan XMMS (pemain audio kegemaran) pada Ubuntu 8.10 ini. Saya pernah mencuba melakukan kaedah pemasangan sebagaimana pada artikel saya sebelum ini Install XMMS On Ubuntu 8.04 namun ianya tidak berjaya :-p

Saya cuba melayari forum ubuntu dan mendapat "suggestion" supaya mencuba memasukkan arahan sebegini pada terminal
sudo apt-get install xmms2
Ianya berjaya dipasang, namun tiada sebarang ikon XMMS yang keluar pada Application Bar. Saya tekan kekunci ALT+F2 dan cuba run "xmms2" namun tiada apa-apa yang berlaku. Terus "remove" dan mencari lagi sehinggalah saya menjumpai sesuatu dan akhirnya berjaya.

XMMS terpasang dan dilancarkan pada Ubuntu 8.10 saya.

Anda pun mahu? Di sini saya sediakan "source code" yang telah di"compile"kan untuk anda xmms_1.2.11-1_i386.deb (klik untuk muatturun). Kemudian dwi-klik untuk lakukan pemasangan.

Setelah selesai, (sememangnya tiada ikon@shortcut pada Application Bar. Tekan kekunci ALT+F2 taipkan "xmms" kemudian Run. Anda juga boleh buatkan satu shortcut@launcher untuk memudahkan anda membuka XMMS dilain kali.

Di sini juga diberikan pilihan sekiranya anda mahu update XMMS anda setelah selesai pemasangan.

Buka TERMINAL

sudo apt-get build-dep flac
Tekan kekunci ENTER
mkdir ~/build
Tekan kekunci ENTER
cd ~/build
Tekan kekunci ENTER
apt-get source flac
Tekan kekunci ENTER
cd flac-1.2.1
Tekan kekunci ENTER
./configure
Tekan kekunci ENTER
make
Tekan kekunci ENTER
cp src/plugin_xmms/.libs/libxmms-flac.so ~/.xmms/Plugins
Tekan kekunci ENTER
cd
Tekan kekunci ENTER
rm -rf ~/build
Tekan kekunci ENTER

SELESAI...........

01 December 2008

Usplash Khas Untuk Intrepid

Usplash merupakan booting theme (ianya akan dipaparkan selepas grub loader), terdapat pelbagai kaedah untuk melakukan perubahan mengikut citarasa pengguna. Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah menukar usplash.

1. Lakukan dahulu pemasangan StartUpManager (rujuk di sini)
2. Muatturun Uplash khas untuk Intrepid di bawah :


Ubuntu Intrepid Usplash.deb

Kedua-duanya adalah fail *.deb hanya dwi-klik untuk melakukan pemasangan.


3. Buka StartUpManager pada System > Administration > StartUp-Manager. Pilih tab Appearance dan lihat panduan pada screenshoot di bawah.

4. Klik CLOSE dan cuba restart mesin anda.

En.Lanun : Anda boleh dapatkan lain-lain Usplash pada http://www.gnome-look.org/

Statistik Pelawat myDubuntu

Berikut merupakan statistik terkini pengunjung myDubuntu semenjak blog ini beralih dari myDungun.net kepada Blogspot.com

Dilihat pengguna Windows (XP & Vista) merupakan pelawat yang paling ramai melayari blog ini, apakah natijahnya? Ewah..... Andaian yang saya buat.
  • Pengguna Windows sedang mempelajari Ubuntu.

[EXE TESTIMONIAL] Dreamweaver MX 2004 Pada Ubuntu


Saya juga telah mencuba memasang perisian ini baru-baru ini. Dan ianya berjaya walaupun pada mulanya terdapat sedikit masalah.

Ianya berpunca kerana saya melihat list perisian yang dijamin serasi dengan CrossOver terdapat Dreamweaver MX. Saya terus memilih dan melakukan pemasangan. Apabila selesai ianya tidak mampu dilancarkan.


Saya melihat installer .exe saya merujuk kepada Dreamweaver MX2004. Saya membuat andaian Dreamweaver MX dan Dreamweaver MX2004 adalah satu versi yang berbeza maka saya cuba memasang dengan memilih opsyen UNSUPPORTED
Kemudian memilih "bottle" Windows XP, setelah selesai pemasangan ianya dilihat berjalan dengan baik.

Keperluan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1



30 November 2008

[EXE TESTIMONIAL] Pemain Audio/Video Serbaboleh Pada Ubuntu

XMMS merupakan pemain audio terbaik pada pandangan saya untuk Ubuntu. Namun apabila Ubuntu versi 8.04 sudah mulai meminggirkan XMMS saya tetap melakukan pemasangannya [rujuk artikel : Install XMMS On Ubuntu 8.04].

Namun, kini mari kita sama-sama lupakan XMMS, dan kita pasang pemain audio/video serbaboleh ini pada Ubuntu iaitu JetAudio.


Muatturun perisian ini di http://www.cowonamerica.com/products/jetaudio/ dan ianya adalah PERCUMA.

Saya telah cuba melakukan pemasangan pada CrossOver dan Wine dan hasil yang terbaik adalah pada CrossOver Pro Linux 7.1. Pada Wine perisian ini berjaya dipasang dan dilancarkan, namun apabila memainkan media ianya tersangkut-sangkut sama sepertimana saya memasang Winamp pada Wine. (Namun begitu Winamp juga tidak memberangsangkan apabila dipasang melalui CrossOver)

JetAudio berfungsi dengan baik sebagaimana pada Windows, boleh convert audio serta EQ berjalan dengan lancar. Namun untuk convert video, merakam bunyi ianya tidak berfungsi. Hasilnya adalah lebih baik dari XMMS.

Saya gunakan :
  • Ubuntu 8.10
  • CrossOver Pro 7.1

Grab this Widget ~ Blogger Accessories